Nasi ayam goreng di Bangsar - Anuar Kari Kepala Ikan

0 votes
added in MYS- Places by hmfood
Address

Anuar's Fish Head Curry (Bangsar Fish Head Corner), No 2, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar

TEL

+6016-677 7703

Walaupun Bangsar memang terkenal sebagai sebuah kawasan penempatan orang kaya dan dikelilingi restoran mewah, anda masih boleh mengisi perut pada waktu tengah hari pada harga RM3 sahaja. Betul, RM3 sahaja

Anuar Kari Kepala Ikan atau juga dikenali sebagai Bangsar Fish Head Corner adalah sebuah gerai makanan di Pusat Penjaja Taman Lucky.

Mereka sangat disambut baik oleh penduduk dan pekerja berdekatan kerana mereka menyajikan nasi ayam goreng (atau ikan goreng) pada harga yang amat rendah sekali, iaitu RM3 

Harga ini juga termasuk kuah kari ikan, bendi dan sebanyak taugeh yang anda inginkan. Nasi sotong goreng pula dihidangkan pada RM7, manakala harga hidangan kari kepala ikan antara RM30 - RM80 bergantung kepada saiz.

Kebanyakan orang yang makan di sini biasanya ambil set nasi ayam goreng dengan teh o ais  yang hanya berjumlah RM4. Cepat, sedap, mengenyangkan dan amat berbaloi 

Menu:-

Nasi + Ayam Goreng + Sayur = RM3
Nasi + Ikan Goreng + Sayur = RM3
Nasi + Ayam Goreng + Ikan Goreng + Sayur = RM6
Nasi + Sotong Goreng + Sayur + Ayam / Ikan Goreng = RM10

Anuar Kari Kepala Ikan
Pusat Penjaja Taman Lucky, No 2, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar
Waktu perniagaan: 9am - 5pm (Tutup Ahad)
Tel: 016-677 7703

**PERINGATAN MESRA**

Sesiapa yang nak makan di sini sila cari parking yang elok, DBKL sangat rajin ronda clamp dan saman kereta2 yang tidak mematuhi peraturan di kawasan ini.

-----------------------------
RM3 Fried Chicken Rice in Bangsar

Anuar's Fish Head Curry (also known Bangsar Fish Head Corner) is a food stall at Lucky Garden that commands a large customer base thanks to two of their signature dishes: fish head curry and mamak-style fried chicken.

Affordability is one of the reasons they are so popular. For RM3 you get to enjoy a serving of fried chicken (or fried fish) rice with tangy fish curry gravy, okra and lightly cooked bean sprouts. It's hard to believe that you can have a filling lunch in Bangsar at this price, but it does exist 

They are extremely busy especially during lunch hours and a long queue is a normal sight. Luckily the service is quick so the line moves fairly quick

The aroma of seasoning and spices immediately hits you before you even reach the stall. Batches and batches of chicken are fried non-stop to cater to the crowd.

For those looking for a more satisfying meal, fried squid (with rice) is priced at RM7 while fish head curry is between RM30 to RM80 depending on the size. 

...